top of page

THE HISTORY OF GAMELAN

COLLECTIE_TROPENMUSEUM_Javaanse_Gamelan_

Perkataan ‘gamel’ dalam Bahasa Jawa bermaksud memukul atau menabuh. Manakala akhiran ‘an’ berfungsi membentuk kata kerja. 

Gamelan diperkenalkan oleh masyarakat Jawa pada zaman kerajaan Hindu-Buddha di Indonesia. Gamelan Jawa berkembang pesat pada zaman kerajaan Majapahit dan telah tersebar ke beberapa daerah seperti Bali dan Sunda. 

Selari dengan perkembangan muzik gamelan pada masa itu, terdapat perbezaan muzik gamelan yang ketara di antara daerah-daerah ini. Muzik Gamelan Jawa memiliki nada yang lembut, Gamelan Bali lebih cenderung kepada muzik yang lebih rancak manakala muzik Gamelan Sunda lebih mendayu dan didominasi oleh alat muzik seruling.

GAMELAN MELAYU

file_edited.jpg

Gamelan Melayu yang wujud di Malaysia hari ini dipercayai merupakan warisan kesenian daripada kesultanan Riau-LinggaPahang dan Terengganu. Walaupun alat muzik dan kesenian gamelan secara asasnya berasal dari JawaIndonesiagamelan Melayu mempunyai identiti tersendiri seperti skala nada, teknik memainkan alat muzik, struktur lagu serta ciri-ciri lain yang membezakannya daripada gamelan JawaBaliSunda; mahupun genre gamelan lain di dunia. Rekabentuk alat-alat muzik gamelan melayu juga sedikit berbeza jika dibandingkan dengan alat-alat muzik gamelan yang lain.

Gamelan Melayu lazimnya dimainkan di majlis-majlis diraja sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad dari Pahang (1882-1914) dan Sultan Sulaiman dari Terengganu (1920-1942). Berdasarkan set gamelan diraja yang ditemui pada tahun 1966 at Istana Kolam, Terengganu,

 

Set gamelan Melayu terdiri daripada 7 alat muzik asas, iaitu:

  1. Keromong, juga digelar Bonang Barung (set 10 gong kecil yang dibaringkan)

  2. Gambang (sebuah zilofon kayu)

  3. Saron Kecil, juga digelar Saron Barung (satu set metalofon)

  4. Saron Besar, juga digelar Saron Demung (satu lagi set metalofon, saiznya lebih besar daripada Saron Kecil)

  5. Kenong (set 3 gong besar yang dibaringkan)

  6. Sepasang Gong yang bergantungan, iaitu Gong Kecil dan Gong Besar

Kesenian yang pada mulanya eksklusif untuk tontonan kerabat diraja dan tetamu istana ini telah dipertontonkan di khalayak umum buat pertama kali pada tahun 1969. Sejak itu, ia telah menjadi sebahagian daripada seni dan warisan budaya Malaysia.

TEKNIK ASAS

PERMAINAN KEROMONG 

GAMELAN

SANGGAR SENI MALAYSIA

Kami menyediakan perkhidmatan persembahan Gamelan untuk majlis - majlis seperti majlis perkahwinan, konvokasyen, corporate events dan apa jua majlis.

Kami mempunyai lebih 30 buah lagu-lagu gamelan melayu tradisional yang biasa dipersembahkan seperti Timang Burong, Topeng, Antawada dan lain-lain lagi. Selain itu, kami juga boleh mempersembahkan lagu-lagu rakyat seperti Wau Bulan, Dikir Puteri, Lenggang Kangkung dan banyak lagi.

bottom of page