top of page
ssm_edited.png

Welcome to Sanggar Seni Malaysia Official Website

Kami menyediakan perkhidmatan persembahan muzik traditional Gamelan, Caklempong, Angklung dan Kompang untuk majlis-majlis rasmi, perkahwinan, konvokasyen dan lain-lain. 

OUR

SERVICES

GAMELAN MELAYU

 

Seni muzik Gamelan dipercayai datang ke Tanah Melayu bermula dari istana Kesultanan Riau-Lingga sejak kurun ke-17 sebelum ia berkembang ke istana Pahang dan dikenali sebagai joget Pahang. 

Show More

CAKLEMPONG

 

Caklempong mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan yang berasal dari Minangkabau atau Sumatera BaratIndonesia

Show More

ANGKLUNG

 

Angklung adalah alat muzik idiofon yang digoyang. Ianya diperbuat daripada tabung buluh yang terpilih.

Angklung sering dipersembahkan secara berkumpulan untuk majlis keraian dan juga iringan tarian seperti 'Kuda Kepang dan 'Barungan' yang mula berkembang di Johor.

CAKLEMPONG KONTEMPORARI

 

Dalam memastikan seni muzik Caklempong kekal relevan sepanjang zaman, persembahan muzik Caklempong diperkuatkan lagi dengan iringan alat-alat muzik moden. Pelbagai lagu lagu moden masa kini dapat di persembahkan dengan kolaborasi alat-alat muzik ini.

Show More

JURULATIH MUZIK

 

Pemuzik-pemuzik Sanggar Seni Malaysia sentiasa bersedia untuk membantu pelajar-pelajar sekolah, kolej, universiti dalam mempelajari seni persembahan muzik-muzik traditional.

KOMPANG

 

Kompang ialah alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

our_services
SEWAAN ALAT MUZIK

 

Kami menyediakan perkhidmatan sewaan alat muzik untuk dijadikan sebagai props dan juga untuk digunakan sewaktu latihan atau persembahan

SEWAAN SYSTEM AUDIO

 

Kami menyediakan sewaan alat-alat system audio yang asas. Sesuai untuk digunakan di majlis-majlis berskala kecil dan sederhana

about

OUR

TEAM

Ahli-ahli kumpulan Sanggar Seni merupakan gabungan pensyarah, pelajar dan bekas pelajar dari Universiti Malaya. Pada tahun 2003 ahli-ahli awal kumpulan Sanggar Seni Malaysia bertemu di Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin, University Malaya. Ketika itu, kami adalah pelajar-pelajar University Malaya yang datang dari pelbagai jurusan bukan muzik tetapi mempunyai minat yang mendalam dengan seni persembahan muzik traditional. Sehingga kini, walaupun sudah menamatkan pengajian masing-masing, kami masih lagi aktif membuat persembahan di serata Malaysia dan sering kali di jemput sebagai jurulatih untuk membantu pelajar-pelajar sekolah, kolej, universiti dalam mempelajari seni persembahan muzik-muzik traditional. 

Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam membuat persembahan muzik tradisional,  kini pemuzik-pemuzik Sanggar Seni Malaysia yang terdiri lebih daripada 15 pemuzik,  dapat menyediakan pelbagai jenis persembahan muzik tradisonal seperti Gamelan Melayu, Caklempong, Caklempong Kontemporari, Angklung dan juga Kompang. Demi memastikan seni persembahan muzik traditional ini kekal relevan sepanjang zaman, element-element moden disuntik ke dalam persembahan-persembahan kami sambil memelihara gaya persembahan tradisional yang asli.

 

Kesemua alat-alat muzik yang kami gunakan adalah kepunyaan Sanggar Seni Malaysia sendiri yang ditempah khas dari pembuat-pembuat alat muzik terbaik dari Malaysia dan Indonesia. Alat-alat muzik traditional kami seringkali disewakan kepada syarikat penggambaran dan organisasi swasta untuk dijadikan sebagai props dan untuk tujuan latihan.

 

CONTACT

US

DROP A MESSAGE
contact

Thanks for submitting!

OUR ADDRESS

NO 27, JALAN BS 2/7, 

BUKIT SAUJANA, 

47000 SG BULOH, SELANGOR, 

MALAYSIA​

Email: sanggarsenimalaysia@gmail.com
Tel:  +6019-2841797

OPENING HOURS

7:00 AM - 10:00 PM

Monday - Saturday

 

10:00 AM - 6:00 PM

Sunday

  • Sanggar Seni Malaysia
  • Sanggar Seni Malaysia FB Page
  • Sanggar Seni Malaysia Channel
0192841797
bottom of page