top of page

CAKLEMPONG

atau 

TALEMPONG?

Di tempat asalnya, Sumatera Barat, alat muzik ini dikenali dengan nama Talempong oleh masyarakat Minangkabau. Di Malaysia, ia lebih dikenali sebagai Caklempong. Alat musik tradisional khas Minang ini sudah ada sejak ratusan tahun lalu di bumi Minang. Pada awalnya, alat muzik ini bersifat sakral dan hanya dimainkan di lingkungan istana kerajaan. 

 

Alat muzik ini dibuat dari kuningan ( campuran tembaga dan besi), berdiameter antara 15–17,5 cm dan tinggi 8 cm dengan bahagian bawah yang berlubang. Ia mengeluarkan bunyi yang terhasil daripada kayu yang diketuk di bahagian atasnya.

 

Alat muzik ini mengiringi hampir setiap upacara adat Minang dan juga digunakan untuk mengiringi sejumlah tarian serta muzik untuk menyambut tetamu istimewa.

THE CHRONICAL OF 

CAKLEMPONG

banner-fraser.jpg

Pada akhir kekuasaan Adhityawarman (1347) di Minangkabau, alat musik yang meliputi gong dan talempong merupakan simbol, prestise, dan kebesaran raja. Pada 1550-an, musik perunggu yang menggunakan kettle drums, yaitu alat musik idiofon terbuat dari metal, merupakan musik dari tradisi kerajaan Minangkabau. Diyakini alat musik tersebut adalah talempong.

Alat musik ini konon biasa dipergunakan untuk menyertai keberangkatan raja bersama rombongan tatkala menemui orang-orang Portugis di Pantai Tiku yang terletak di Kabupaten Agam.

Saat ini, Kabupaten Agam, khususnya Sungai Puar, dikenal sebagai salah satu sentra pembuatan talempong. Dulu, alat musik ini terbuat dari batu dan kayu. Kini, alat musik pukul itu terbuat dari kuningan.

Meski bentuk talempong mirip dengan bonang pada gamelan Jawa, kedua alat musik tersebut dibuat dengan teknik yang berbeda. Talempong menggunakan teknik pembuatan a cire purdue, sementara bonang dibuat dengan metode tempaan. Teknik a cire purdue adalah cara pembuatan alat berbahan logam dengan lebih dulu membuat cetakannya.

Cetakan tersebut dibuat dari lilin, kemudian dibalut tanah liat, dikeringkan dengan cara dijemur, lalu dibakar. Setelah pembakaran, cairan lilin dikeluarkan sehingga memunculkan rongga yang lantas diisi cairan logam. Setelah cairan logam membeku, baru dilakukan proses penggerindaan, pemolesan, dan penyeteman nada.

Dulu, pembuatan alat musik itu hanya dikuasai oleh para ahli yang disebut tuo talempong. Merekalah yang menguasai rahasia pembuatan talempong, termasuk nada-nada yang ”disematkan” pada alat musik itu dengan hanya berdasarkan naluri pendengaran saja.

Caklempong dibawa masuk ke Tanah Melayu (Negeri Sembilan) antara abad ke-14 dan ke-19 oleh orang Minangkabau dari Sumatera Barat yang datang berniaga dan terus bermastautin di Tanah Melayu. Oleh kerana ramai orang Minangkabau bermastautin di Negeri Sembilan, maka permainan muzik Caklempong ini dianggap sebagai muzik tradisional negeri ini selain daripada ‘Bongai. Kini kesenian muzik Caklempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi.

PROSES

PEMBUATAN TALEMPONG

TRADITIONAL CAKLEMPONG

Awalnya, alat muzik caklempong hanya bernada pentatonik. Pada waktu ini, alat muzik caklempong dimainkan oleh tiga orang dengan cara dijinjing ( caklempong pacik ). Setiap orang memainkan 2 buah caklempong dengan cara dijinjing menggunakan tangan kiri dalam posisi vertikal dan diketuk dengan kayu pemukul menggunakan tangan kanan.

Caklempong yang berada di sebelah atas dikepit dengan ibu jari dan jari telunjuk, sementara mangkuk caklempong yang berada di sebelah bawah digantungkan pada jari tengah, manis dan kelingking. Jari telunjuk berfungsi sebagai pemisah di antara mangkuk caklempong agar tidak bersentuhan untuk memastikan nada yang di hasilkan jelas dan tepat.

Seiring dengan peredaran zaman, cara permainan caklempong dikembangkan dengan nada diatonik sehingga boleh dikolaborasikan dengan alat muzik lain. Mangkuk caklempong tidak lagi dijinjing tetapi diletakan di atas rancakan/tepak. Cara untuk memainkannya tidak jauh berbeza dengan jenis awalnya, iaitu diketuk dengan kayu pemukul. Caklempong bernada diatonik ini dimainkan dengan sistem melodi berpandukan pada lagu-lagu yang rancak berirama dan boleh dikolaborasikan dengan alat muzik lainnya.

CONTEMPORARY CAKLEMPONG

Dalam memastikan seni muzik Caklempong kekal relevan sepanjang zaman, selain pertambahan nada pada mangkuk caklempong, persembahan muzik Caklempong diperkuatkan lagi dengan iringan alat-alat muzik moden seperti gitar acoustic, gitar bass, accordion, keyboard, flute, biola dan lain-lain lagi.Pelbagai lagu lagu moden masa kini dapat di persembahkan dengan kolaborasi alat-alat muzik ini.

bottom of page